Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.(tabyinul mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa :
" 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T , antaranya :"
1. orang lelaki yang solatnya sendirian tanpa baca sesuatu.
2. orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. orang lelaki yang melarikan diri.
5. orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
6. orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. orang -orang yang suka makan riba.
9. imam atau pemimpin yang sombong dan zalim.
10.orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya akan menambahkan kemungkaran Allah S.A.W dan jauh dari Allah."
No comments:
Post a Comment