Sunday, May 8, 2011

kisah Neraka Jahanam

dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap,tiada cahaya dan tidak pula ia menyala. dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api,dan pada setiap gudang itu pula terdapat70,000 kamar dari api,pada setiap kamar itu terdapat  70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis  tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. pada setiap ruas kala tersebut ianya mempuyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka jahanam itu dibuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung diatas kepala dan dibelakang mereka.
dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil,
"ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka jahanam, dan neraka jahanam itu mempunyai 70,000 kendali,dan ditarik oleh 70,000 malaikat,dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-tahrim ayat 6 yang bermaksud "sedang penjaganya malaikat -malaikat yang kasar lagi keras."

No comments:

Post a Comment